Bukhari_al-jauhari

Bukhari al-Jauhari merupakan pengarang karya sastera Melayu yang terkenal, iaitu Tajul SalatinBukhari al-jauhari merupakan seorang saudagar permata yang datang dari Bukhara (kota di Uzbekistan). Beliau juga merupakan pengarang salah sebuah karya Melayu yang sangat berpengaruh, Tajul Salatin yang bermaksud Mahkota Raja-raja[1]. Pada asalnya buku ini dari kesusasteraan dan kebudayaan Parsi dan pernah diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada tahun 1603 di Acheh, Indonesia. Buku ini dijadikan panduan oleh raja-raja Melayu seperti negeri Johor dan Kedah untuk memerintah kerajaan. Buku ini juga mempunyai banyak unsur agama Islam dari segi perhubungan, banyak isu-isu yang merupakan nasihat dan pengajaran ajaran Islam terutamanya kepada pemerintah kerajaan negeri. Terdapat juga beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi.