Bukit_Candu

Bukit Candu atau kini dikenali sebagai Kent Ridge, merupakan sebuah bukit yang terletak di Pasir Panjang, Singapura. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.Bukit Candu merupakan tapak berlakunya Pertempuran Bukit Candu pada 14 Februari 1942 yang membabitkan tentera Jepun dari ketumbukan Tentera ke-25 yang terkenal dengan tentera Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan, yang berakhir dengan gugurnya kesemua tentera Melayu yang bertahan.