Sejarah Bukitan

Suku ukitan berasal dari Palin, Kalimantan. Mereka telah berhijrah ke Sarawak melalui Lubok Antu dan terus menetap di sana sejak abad ke-19.[4] Kemudian datang suku Iban dari Kapuas (di Kalimantan) yang terkenal dengan pemburuan kepada pada ketika itu, telah menyerang dan menghalau mereka keluar tanah mereka.[5][6]

Suku Bukitan telah melarikan diri ke Saribas yang kini berada dalam Bahagian Betong. Di sana, mereka menetap dan membina komuniti mereka. Perdamaian bersama suku Iban dilakukan melalui perkahwinan anak perempuan pemimpin mereka, Entinggi dengan anak lelaki ketua Iban, Tindin.[7]

Namun, perang di antara suku Bukitan dan Iban tercetus akibat salah faham. Perang ini menyaksikan kekalah suku Bukitan. Mereka kemudiannya telah melarikan diri ke beberapa buah kawasan sebelum akhirnya menetap di Sungai Merit di Bintulu sehingga kini.[8]

Bukti kewujudan Bukitan boleh ditemui di beberapa buah kawasan seperti di Saribas (Paku, Layar dan Rimbas)[9] serta Lubok Antu yang terdapat dalam bentuk perkuburan, nama tempat dan kebun kuno.