Buku_Perubahan

I Ching (Wade-Giles), "Yì Jīng" (Pinyin), Klasik Perubahan atau Buku Perubahan; juga digelar Zhouyi, adalah salah sebuah teks klasik China yang tertua di dunia.[1] Buku ini mengandungi suatu sistem penilikan yang boleh dibandingkan dengan geomansi Barat atau sistem Ifá Afrika Barat. Dalam budaya Barat dan Asia Timur moden, I Ching masih digunakan secara lebar untuk tujuan ini.Catatan I Ching yang piawai berasal dari catatan kuno yang dihantarkan oleh Fei Zhi (c. 50 SM -10 M) dari Dinasti Han. Sewaktu Dinasti Han versi ini disaingkan dengan versi teks baru yang diubah-ubah dan dihantarkan oleh Tian He pada awal zaman pemerintahan Han Barat. Namun begitu, pada Dinasti Tang pula, catatan kuno asal yang terselamat daripada tindakan membakar buku ketika Dinasti Qin oleh simpanan kaum petani, menjadi paling diterima di kalangan cendekiawan Cina.Catatan I Ching terlama yang masih wujud, tertulis pada keratan buluh, itupun tidak siap, iaitu Chujian Zhouyi yang berasal dari zaman Negeri Berperang (pertengahan abad ke-4 hingga awal abad ke-3 SM), pastinya tidak melewati 223 SM, ketika negeri Chu ditawan oleh negeri Qin. Chujian Zhouyi pada asasnya sama isinya dengan catatan piawai, cuma terdapat sedikit perbezaan yang ketara.Pada zaman Negeri Berperang, catatannya ditafsir semula sebagai sistem kosmologi dan falsafah yang lambat-laun menjadi sebati dengan kebudayaan Cina. I Ching mengetengahkan gagasan keseimbangan dinamik sesama lawan, proses evolusi peristiwa, dan penerimaan bahawa perubahan pasti berlaku.