Kandungan Buku_panduan_telefon

Nama pelanggan secara amnya disenaraikan mengikut urutan abjad, bersama-sama alamat dan nombor telefon. Mengikut amalan, setiap pelanggan mengikut kawasan geografi liputan disenaraikan, tetapi pelanggan boleh juga memohon pengecualian daripada nombornya disenaraikan daripada buku panduan, biasanya dikenakan bayaran tertentu.[1]

Buku panduan telefon mungkin turut menampilkan arahan bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan telefon tempatan, mungkin memberi nombor-nombor telefon penting bagi perkhidmatan kecemasan, utiliti, hospital, doktor, dan organisasi yang memberikan sokongan semasa krisis. Ia turut mempunyai maklumat berkenaan pertahanan awam serta pengurusan kecemasan. Selain itu, terdapat juga peta transit, panduan poskod, atau carta susunan kerusi stadium, di samping iklan-iklan.