Sinopsis Bulan_Tiada_Madu

Kepulangan Emran dari luar negara dikejutkan apabila perkahwinannya diaturkan oleh keluarga bersama Luna. Setelah berkahwin, mereka dikejutkan lagi dengan 'hadiah' perkahwinan iaitu berbulan madu di kampung ibubapa mereka. Perbezaan pandangan dan minat menyebabkan kedua mereka saling berbalah. Satu hari, Luna meneroka Gua Tempurung seorang diri dan pada waktu itu gempa bumi yang kuat di Indonesia. Luna hilang beberapa hari dan Emran mula risau. Apabila Luna dijumpai, berlaku gempa bumi kecil dan mereka berdua terperangkap.