Penerbitan Buli_Balik

Buli Balik adalah sebuah filem usaha sama antara Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) dengan Vision Works Sdn. Bhd., milik Afdlin Shauki dan Tall Order Production, milik Hans Isaac. Nasha Aziz turut melaburkan sahamnya dalam penerbitan filem ini melalui syarikat Vision Works.[6] Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dan menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar ibukota, Cyberjaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan.[6] Menariknya, lokasi yang dipilih, biarpun bukan tepat tumpuan tetapi kelihatan mahal dan bergaya. Sehari sebelum tamat penggambaran, Afdlin telah mengalami kecederaan apabila dihempap tiang lampu ketika di lokasi Port Dickson. Akibatnya dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sebaik selesai x-ray, dia kembali ke lokasi.[6]

Watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang. Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air. Antaranya termasuklah nama-nama seperti Harun Salim Bachik, Ida Nerina, Umie Aida, Harith Iskander dan Patrick Teoh. Malah pengarah Aziz M. Osman turut dijemput membintangi filem sambungan Buli itu, menurut Afdlin, dia berbangga apabila ramai kalangan pelakon yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.[6] Filem ini juga ditujukan oleh Afdlin khas untuk ibunya.[7]

Rujukan

WikiPedia: Buli_Balik http://www.bulibalik.com http://www.filemkita.com/filem/b/buli_balik_01.htm... http://www.imdb.com/title/tt0773750/ http://groups.yahoo.com/group/filemkita/message/28... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/2/1/HI... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt...