Bumiputera_di_Sarawak

Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnik yang paling banyak antara negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang.[1] Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Hal ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan.[1] Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.