Ringkasan Bunga_Padi_Berdaun_Lalang

  • Amir ditugaskan bagi memperkenalkan jentere pembajak baru keluaran syarikatnya kepada penduduk sebuah kampung. Jentera pembajak itu jauh lebih ekonomik. Ini menimbulkan kemarahan seoarang saudagar beras iaitu Pak Ali yang lama menjalankan perkhidmatan sewaan pembajak kepada petani kawasan tersebut. Dengan itu Pak Ali mengarahkan orang-orangnya yang diketuai Sudin untuk memukul pegawai muda itu. Amir telah diselamatkan oleh seorang penduduk disitu bernama Hamdan. Hamdan tinggal bersama adiknya Hamidah sejak dari kecil setelah kematian orang tua mereka. Amir kemudian mengahwini Hamidah dan ini membuatkan Sudin bertambah marah. Sudin diusir dari kampung itu oleh Tok Penghulu lalu dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Amir juga kembali ke Kuala Lumpur bersama isterinya setelah tugasnya selesai. Di Kuala Lumpur, Sudin menemui Karim Silat, ketua samseng yang juga ada hubungan dengan Pak Ali. Sudin membuat satu rancangan supaya Hamidah difitnah.