Bunkface_X

Bunkface X[1] ialah sebuah album kompilasi oleh Bunkface. Album ini merupakan album kompilasi pertama kumpulan ini yang dikeluarkan pada 30 November 2016 dan menampilkan lagu-lagu hits terbaik Bunkface serta satu lagu baru. Ia dikeluarkan sempena meraikan ulang tahun ke-10 Bunkface serta konsert khas Bunkface X Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 Disember 2016.[2][3][4]

Bunkface_X

Dikeluarkan pada 30 November 2016
Dirakam pada 2007-2014
Genre Rock punk
Syarikat Bunkface Productions