Burgerkill

Burgerkill (digayakan BURGERKILL) ialah kumpulan muzik Indonesia yang berasal dari Bandung, membawa genre Metalcore dan ditubuhkan oleh Aries Tanto (a.k.a Ebenz) bersama rakan sekolahnya tahun 1995. Kini Burgerkill terdiri daripada ahli-ahli antaranya Agung Hellfrog (pemain gitar), Putra Pra Ramadhan (dram), Ramdan Agustiana (pemain bes) dan Ronald Alexander (vokalis).Lebih dua dekad kerjaya mereka, Burgerkill telah melancarkan enam Album studio dan empat EP serta memenangi pelbagai anugerah muzik, termasuk antaranya kategori "Metal as F*ck" dalam anugerah Metal Hammer Golden Gods Awards di England tahun 2013 dan sejumlah kemenangan dan pencalonan dalam Anugerah Musik Indonesia serta termasuk dalam salah satu dari 50 senarai kumpulan muzik terbaik dunia menurut versi majalah Metal Hammer tahun 2020.[1][2] Kemudian Burgerkill berjaya menembus pentas mancanegara dalam temasya festival muzik metal dunia Wacken Open Air di Wacken, Jerman pada 2015 dan 2022, serta Bloodstock Open Air di England pada 2015.[3] Setelah berjaya dengan persembahan muzik di Eropa, Australia hingga Amerika Syarikat, Burgerkill membuat kombinasi muzik metal dengan orkestra, kemudian melancarkan EP yang bertajuk Killchestra pada 2020.[4]

Burgerkill

Berasal dari Bandung, Indonesia
Laman sesawang Tapak web rasmi
Pengkarya berkait Infamy, Jasad, Beside, Forgotten
Ahli
  • Agung Hellfrog
  • Ramdan Agustiana
  • Putra Pra Ramadhan
  • Ronald Alexander
Genre
Tahun aktif 1995–sekarang
Bekas ahli
  • Ivan Firmansyah
  • Kimung
  • Kudung
  • Toto
  • Ugum
  • Andris
  • Vicky Mono
  • Aries Tanto
Syarikat rakaman