Reaksi Burhanuddin_Rabbani

Presiden Hamid Karzai sedang berada di New York , dalam perjalanan ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Amrullah Saleh, bekas ketua perisikan yang menentang Taliban di bawah Rabbani menyatakan kerajaan gagal menlindungi tokoh-tokoh berprofil tinggi. Hamid Karzai masih bersedih kerana adiknya Ahmed Wali Karzai dibunuh di Kandahar pada 12 Julai 2011. Kemudian penasihat Pres Hamid Harzai, Jan Mohammad Khan turut dibunuh pada 17 Julai 2011.Ghulam Haider Hamidi Datuk Bandar Kandahar dibunuh pada 27 Julai 2011.

Ahmad Wali Masoud, seorang ahli politik yang terkenal dan saudara wira Ahmad Shah Massoud, berkata kematian Rabbani adalah satu malapetaka yang boleh mengubah landskap politik Afghanistan. Saya pasti tidak ada orang lain boleh berdamai dengan Taliban.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk pembunuhan itu dan menekankan komitmen PBB untuk "menyokong Afghanistan" untuk mencari jalan damai dan mencapai keamanan. Kemudian penasihat Presiden Hamid Karzai , Jan Mohammad Khan dibunuh pada bulan yang sama.

John R. Allen szelaku komander NATO International Pasukan Bantuan Keselamatan menyatakan serangan ini adalah bukti Taliban tidak mahu berdamai dengan kerajaan Taliban.

Seluruh penduduk Afghanistan bersedih pada Hari Keamanan Dunia berikutan kematiannya. Konsert penyanyi wanita terkenal Afghanistan, Farhad Darya, telah dibatalkan.