Pembiakan Burung_Puyuh_Tanah

ssp. powelli

Berbeza dengan puyuh sebenar terutamanya burung betina polyandrous.[3] Burung betina lebih terang antara keduanya, memulakan memikat dan membina sarang di atas tanah. Ia berlawan dengan burung betina lain bagi mengawal burung jantan, mengeluarrkan bunyi menderam drr-r-r-r-r sebagai cabaran kepada lawannya dan bagi mengumumkan dirinya pada burung jantan. Telur yang dihasilkan diram oleh burung jantan yang turut menjaga anaknya, yang mampu berlari sebaik sahaja menetas.

Burung betina seterusnya mendapatkan pasangan baru, dan kemungkinannya yang lain, dan seterusnya, kelihatannya hanya satu pada sesuatu masa.

  • Musim: biasanya sepanjang tahun, berbeza mengikut kawasan.
  • Sarang - lompang yang dilapis rumput dalam hutan tebal atau tanaman, sering tersembunyi oleh rumput sekeliling. Telur - 3 atau 4, kelabu putih banyak tompokan perang kemerahan atau ungu gelap.