Ciri-ciri Burung_Ruak-ruak

Burung Ruak-ruak adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan,filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (Vertebrat), kelas : burung. Burung Ruak-ruak adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yangdiselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ruak-ruak tidak bergigi.

Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Ia merupakan spesies yang mudah mengadaptasi.

Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi.

Burung Ruak-ruak (Amaurornis phoenicurus) merupakan sejenis burung air dalam keluarga rail and crake Rallidae.

di Bhopal, Madhya Pradesh, India. Remaja di Kolkata, West Bengal, India.

Burung Ruak-ruak dewasa kebanyakannya mempunyai kelabu gelap pada bahagian belakang dan sisi, dan kepala, leher dan dada putih. Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah (cinnamon coloured). Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Ia empunyai jari panjang, ekor pendek dan kaki dan paruh kuning.

Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung bewarna hitam seperti kesemua jenis (Rallidae).