Burung_penyanyi
Burung_penyanyi

Burung_penyanyi

Banyak, lihat teksLihat teksBurung penyanyi adalah sejenis burung yang tergolong dalam klade Passeri burung tenggek (Passeriformes). Nama lain yang kadang kala dilihat sebagai satu nama saintifik atau vernakular adalah Oscines, daripada perkataan Latin oscen, "seekor burung penyanyi". Kumpulan ini mengandungi 5000 lebih spesies[1][2] yang boleh ditemui di seluruh dunia, di mana organ vokal tipikalnya dibentuk untuk menghasilkan kepelbagaian dan rentak siulan burung.Burung penyanyi adalah salah satu daripada dua warisan utama burung tenggek, selain Tyranni, yang mana didapati di Neotropik dan tidak boleh ditemui di banyak bahagian di dunia. Tyranni mempunyai syrinx yang lebih ringkas, meskipun siulannya sama kompleks dan merdu seperti burung penyanyi. Terdapat warisan ketiga burung tenggek iaitu Acanthisitti daripada New Zealand, yang mana hanya mempunyai dua spesies yang masih hidup.[3]Beberapa bukti mencadangkan bahawa burung penyanyi berevolusi sejak 50 juta tahun dahulu di kawasan Gondwana yang mana kemudian menjadi India, Sri Lanka, Australia, New Zealand, New Guinea dan Antarctika, sebelum merebak ke seluruh dunia.[4][5]