Rukun-rukun Bushido

Bushido mengembangkan dan membentuk kod samurai terdahulu, dan menekankan kehematan, kesetiaan, penguasaan seni mempertahankan diri, dan kehormatan hingga mati. Di bawah ideal Bushido, jika seorang samurai gagal mendukung kehormatannya dia dapat memperolehinya dengan melakukan seppuku (upacara bunuh diri).

Dalam satu petikan daripada buku Samurai: The World of the Warrior,[1], sejarawan Stephen Turnbull menggambarkan peranan seppuku dalam Jepun feudal:

Dalam dunia pahlawan, seppuku adalah perbuatan berani yang disanjung samurai yang tahu dia dikalahkan, dimalukan, atau dicederakan dengan parah. Ia bermaksud bahawa dia dapat menamatkan hari-harinya dengan pelanggarannya dihilangkan dan dengan reputasinya tidak hanya terjejas malah sebenarnya meningkat. Perlakuan mengerat perut membebaskan semangat samurai dalam cara yang dramatik, tetapi ia adalah cara mati yang amat menyakitkan dan tidak menyenangkan, dan kadang kala samurai yang melakukan perbuatan itu meminta rakan yang setia untuk memancung kepalanya pada saat kesakitan yang amat sangat itu.

Bushido telah diamalkan secara meluas dan ia menghairankan bagaimana membentuk kod samurai yang kekal bertahan sejak dahulu, merentasi semua latar belakang geografi dan sosio-ekonomi samurai. Samurai mewakili peratusan yang besar diangkai dari 7% hingga 10% dalam populasi Jepun, bancian pertama Zaman Meiji pada akhir kurun ke-19 mencatatkan seramai 1,282,000 orang anggota "samurai atasan" yang dibenarkan menunggang kuda, dan seramai 492,000 orang anggota "samurai bawahan" yang dibenarkan membawa dua bilah pedang tetapi tidak dibenarkan menunggang kuda, dalam negara 25 milion orang.[2]

Bahagian lain dalam falsafah Bushido meliputi kaedah-kaedah membesarkan anak-anak, penampilan dan kebersihan, dan yang paling utama, persiapan tetap untuk menghadapi mati. Seseorang mungkin dapat mengatakan bahawa pusat sebenar Bushido sebagai matlamat keseluruhan- untuk mati dengan kematian yang baik dan dengan kehormatan seseorang tidak terjejas.