Sinopsis Butak

Butak, seorang remaja lelaki yang nakal dan dibenci orang kampung, namun juga seorang yang cerdik dan berjiwa murni.

Meskipun sering menimbulkan kekecohan, jauh di sudut hati, Butak menyimpan niat untuk berubah.

Begitupun tekanan daripada orang kampung menyebabkan jiwanya memberontak.

Satu peristiwa telah berlaku hingga mengakibatkan Butak merajukdan menyalahkan dirinya.

Kerana seiring terdengar tentang kisah ibadat Haji, Butak membawa diri ke pelabuhan Penang.

Dia berhajat merasai sendiri pengalaman menaiki kapal dan bersujud di depan Kaabah.