Buyeo
Buyeo

Buyeo

Buyeo merupakan sebuah kerajaan silam Korea[1] yang terletak di kawasan Manchuria iaitu di bahagian utara Korea Utara. Pemerintahan kerajaan ini bermula pada sekitar abad ke-2 SM hingga tahun 494 M. Saki baki kerajaan Buyeo telah diserap ke dalam kerajaan Goguryeo. Kerajaan Baekje dan Goguryeo (dua daripada Tiga Kerajaan Korea) masing-masing beranggapan bahawa mereka adalah pewaris bagi pemerintahan Buyeo.