Kegunaan CA-125

CA-125 diluluskan secara klinikal bagi menjejak tindak balas kepada rawatan dan menjangka prognosis selepas rawatan. Ia juga amat berguna bagi mengesan pengulangan bagi barah ovari. Potensi peranannya bagi pengesanan awal barah ovari dipertikaikan dan tidak diterima secara menyeluruh bagi usaha penyaringan meluas bagi wanita asymptomatik. Masaalah utama bagi menggunakan ujian CA-125 sebagai perkakasan penyaringan adalah ia tidak khusus dan ketidakupayaannya bagi mengesan barah peringkat awal. Operasi diperlukan bagi mengesahkan wanita dengan CA-125 meningkat mempunyai barah ovari, dengan risiko yang berkait dengan pembedahan utama. Tambahan lagi, walaupun barah disahkan dalam keadaan sedemikian, ia biasanya pada tahap akhir di mana rawatan kurang berkesan. Matlamat bagi kebanyakan pakar biologi barah adalah memajukan ujian yang boleh digunakan bagi mengesan barah pada peringkat awal, di mana kesan rawatan adalah optima.