Rekabentuk CAIC_WZ-10

Foto terkini yang disiarkan di internet membolehkan pemerhatian umum dibuat ke atas rekabentuk WZ-10. WZ-10 memiliki tatarajah helicopter penyerang konvensional, di mana juruterbang dan pegawai sistem senjata duduk dalam kokpit susunan sebaris dan bertingkat. Rotor berbilah lima digunakan, manakala rotor ekor pula adalah empat. Dua enjin dipasang selepas kokpit belakang berserta penindas inframerah. Persenjataan terbina dalam termasuk meriam yang dipasangkan pada dagu helikopter (berkemungkinan berkaliber 30 mm) dan dua tunggul sayap bagi menyediakan tenggekan untuk persenjataan luaran. [4]

Tunggul sayap memiliki satu atau dua tenggekan, menjadikan jumlah kemungkinan tenggekan dua atau empat. Peluru berpandu anti kereta kebal mungkin dibawa dalam kumpulan dua atau empat butir, dan mungkin dari jenis HJ-9 (setanding dengan peluru berpandu TOW A.S). Terdapat kemungkinan helikopter ini juga boleh membawa peluru berpandu baru iaitu HJ-10. Ini akan meningkatkan keupayaan anti kereta kebal WZ-10 dengan ketara, disebabkan HJ-10 dipercayai adalah setanding dengan peluru berpandu Hellfire A.S.