CK_Faizal

Che Kamarul Faizal bin Che Kamaruddin (lahir 9 September 1983) atau lebih dikenali sebagai CK Faizal adalah seorang pengacara, wartawan penyiaran, penerbit rancangan, penyanyi, pelakon, penyampai radio, penulis lirik dan usahawan lelaki Malaysia. CK dikenali melalui program-program terbitan Astro seperti HLive!, Bas Ria, Trek Selebriti dan AF Spotlight Megastar 2017.Sebelum dikenali sebagai pengacara dan wartawan penyiaran, CK bermula sebagai salah seorang peserta program realiti On Air pada 2013 yang turut disertai oleh Hafizul Kamal, Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.[1]Telefilem Menantu Malam Raya yang diterbitkan pada 2017 merupakan penampilan pertama CK dalam bidang lakonan. Selain itu, CK juga pernah menjadi sebagai penyampai radio di PeaceYall.FM. Beliau juga merupakan seorang pramugara untuk syarikat Penerbangan Malaysia.

CK_Faizal

Pekerjaan
  • Pengacara
  • Wartawan penyiaran
  • Penerbit rancangan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Penyampai radio
  • Penulis lirik
  • Usahawan
Tahun aktif 2013–sekarang
Pendidikan Diploma Sains
Kelahiran Che Kamarul Faizal bin Che Kamaruddin
(1983-09-09) 9 September 1983 (umur 36)
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kediaman Kuala Lumpur, Malaysia