Sejarah COBOL

COBOL dibina pada 1959 oleh satu badan yang dikenali sebagai The Short Range Committee di Pentagon pada 28 dan 29 Mei 1959. Idea untuk COBOL dipelopori oleh En Charles Phillips dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Jawatan kuasa ini disertai oleh 6 syarikat komputer pada masa itu iaitu Burroughs Corporation, IBM, Minneapolis-Honeywell (Honeywell Labs), RCA, Sperry Rand, dan Sylvania Electric Products dan 3 badan kerajaan iaituTentera Udara Amerika Syarikat, David Taylor Model Basin, dan National Bureau of Standards yang dikenali pada masa ini sebagai NIST.