COMPASS

Sistem COMPASS (juga dikenali sebagai Beidou-2, BD2) ialah suatu projek oleh China untuk membangunkan sistem pandu arah satelit sejagat sendiri.[1] Ia mula beroperasi dengan liputan China dan kawasan sekitarnya pada Disember 2011.[2] Ia dirancang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di rantau Asia-Pasifik menjelang akhir 2012 dan seluruh dunia pada 2020, menggunakan 35 satelit.[3]COMPASS bukan merupakan tambahan kepada Beidou-1 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi GNSS baharu serupa daripada segi prinsip dengan GPS, GLONASS dan Galileo. Sistem ini dirangka akan serasi dan saling boleh dikendalikan dengan sistem-sistem lain ini.[4]