Cache

Cache dalam sains komputer, adalah pengumpulan salinan data kepada nilai asal yang disimpan di tempat lain atau dikira terdahulu. Apabila data tersimpan di cache, ia boleh digunakan di masa hadapan dengan menggunakan salinan cache dan bukannya dengan menggunakan atau mengira semula data asal, dengan itu mengurangkan masa capaian. Ini membantu mempercepatkan pengiraan.Cache terbukti amat berkesan dalam kebanyakan pengiraan komputer, kerana pola capaian dalam komputer biasa biasanya mempunyai rujukan tempatan (locality of reference). Terdapat beberapa jenis tempatan, tetapi kita mungkin maksudkan bahawa data yang sama digunakan beberapa kali, dengan capaian yang singkat, atau data yang berhampiran dicapai dalam masa yang pendek.