Cake_by_the_Ocean

"Cake by the Ocean" ialah single sulung oleh kumpulan Amerika Syarikat, DNCE, dikeuarkan pada 18 September 2015 dan ke radio pada 29 September 2015 melalui Republic Records.[2] Lagu ini dikeluarkan sebagai single utama dari EP pertama mereka, Swaay (2015)[3] dan juga termasuk dalam album studio pertama mereka, DNCE (2016).Lagu ini mencapai 10 teratas di beberapa carta lagu nasional termasuk di Australia, Kanada, Jerman, England, dan Amerika Syarikat. Ia juga menduduki carta lagu Airplay Billboard Adult Pop Songs dan telah mendapat pensijilan Emas atau lebih tinggi oleh beberapa persatuan industri rekaman.Billboard menyenaraikan "Cake by the Ocean" di nombor 44 dalam senarai "100 Lagu Pop Terbaik 2016" mereka.[4] Nielsen Music menamakan "Cake by the Ocean" lagu kedua yang paling banyak diputar di Kanada untuk tahun 2016.[5]

Berkaitan