Canadair_CF-5
Canadair_CF-5

Canadair_CF-5

Canadair CF-5 (secara rasminya didesignasi sebagai CF-116 Freedom Fighter) merupakan sebuah pesawat pejuang terbitan daripada pesawat Northrop F-5 buatan Amerika Syarikat yang telah dibina secara berlesen oleh Canadair untuk kegunaan Angkatan Tentera Kanada. CF-5 telah ditingkat upaya secara berkala sepanjang tempoh perkhidmatannya di Kanada. Angkatan Tentera Kanada telah menghentikan penggunaan pesawat ini pada tahun 1995, meskipun begitu CF-5 masih lagi digunakan oleh beberapa negara lain sehingga pada awal ke-21.CF-5 telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Kanada, yang mana kemudian menjadi sebahagian daripada Angkatan Tentera Kanada pada 1 Februari 1968. Pasukan gabungan baru ini menerima penyerahan pertama pesawat CF-5 (secara umumnya ia dirujuk sebagai CF-5 kecuali di dalam dokumen-dokumen rasmi) pada penghujung tahun 1968. Jumlah yang dikeluarkan oleh Canadair untuk Angkatan Tentera Kanada adalah 89 buah pesawat versi satu tempat duduk dan 46 buah versi dua tempat duduk. Sejumlah pesawat juga dibina untuk Belanda dan Norway selain, beberapa lebihan pesawat dijual kepada Venezuela.