Sejarah Cao_Wei

Semasa kemerosotan Dinasti Han, bahagian utara China dikuasai oleh Cáo Cāo (wg: Ts'ao Ts'ao), Urus Setia Empayar keapda maharaja Han yang terakhir (sila lihat Penyatuan China utara). Pada tahun 213, Cáo Cāo digelar Wei Gong (Duke Wèi) dan diberikan sepuluh buah kota sebagai kawasan kekuasaanya yang dinamai "Negeri Wèi". Ketika itu, bahagian selatan China telahpun dibahagikan kepada dua buah kawasan yang dikuasai oleh dua orang hulubalang (kemudian Kemaharajaan Shu dan Kemaharajaan Wu). Pada tahun 216, Cao Cao dinaikkan pangkat menjadi Wèi Wang (Putera/Raja Wèi).

Cao Cao meninggal dunia pada tahun 220 dan anak lelakinya, Cao Pi, mewarisi gelaran Wèi Wang serta jawatan Urus Setia Empayar bapanya. Pada tahun yang sama itu, Cao Pi merampas takhta dan mengasaskan Dinasti Wèi, dengan ibu kotanya di Loyang. Bagaimanapun, takhtanya dipertikaikan dengan serta merta oleh Liu Bei dari Shu Han, diikut turut oleh Sun Quan dari Wu Timur pada tahun 222.

Wèi menewaskan Shu Han pada tahun 263, tetapi tidak lama kemudian pada tahun 265, Dinasti Wèi digulingkan oleh Sima Yan, cucu kepada Sima Yi serta juga Urus Setia Empayar Wèi yang terakhir. Sima Yan kemudian mengasaskan Dinasti Jin. Pada keseluruhannya, terdapat lima raja Dinasti Wèi.

Ibu kota Wèi ialah Luoyang.