Araknida Carapace

Diagram seekor araknida, karapas berwarna ungu

Bagi araknida, karapasnya terbentuk oleh campuran prosomal tergite menjadi satu plat yang melindungi mata, okularium, ozopora (sepasang bukaan kelenjar bau bagi Opiliones) dan pelbagai lagi phaneres.[2]

Bagi sesetengah order haiwan lain, seperti Solifugae dan Schizomida, karapasnya mungkin terbahagi dua. Manakala Opiliones pula, sesetengah penulis menggunakan istilah karapas bersama-sama dengan istilah cephalothorax. Ini salah kerana Karapas merujuk kepada bahagian dorsal ekzoskeleton cephalothorax.

Bagi mengelakkan kekeliruan dengan krustasea, istilah lain karapas bagi araknida adalah cangkerang dorsal prosomal dan peltidium