Carla
Carla

Carla

"Siapa peduli kalau kamu lemah!! Jika kita bersatu, kita boleh lakukan apa sahaja!! Negara ini takkan musnah!! Lagipun, negara ini adalah negara saya. Negara ini tidak pernah akan hilang!"
Templat:Fairy Tail Wiki:Character Template (Fairy Tail)Carla (シャルル, Sharuru) ialah Exceed berbulu putih yang berumur enam tahun berasal dari Edolas, dan rakan kepada Wendy Marvell. Enam tahun kemudian, Carla menyertai Cait Shelter bersama Wendy dan mengalahkan Oracion Seis bersama persatuan yang lain. Carla boleh menggunakan magik Aera,[ep. 135] dan juga kebolehan menilik yang membolehkan Carla melihat perkara yang akan berlaku pada masa depan, dia mendapat kebolehan ini daripada emaknya Shagotte; tetapi, Carla tidak tahu asal usul keluarganya. Carla dikeluarkan daripada Edolas ke Earthland sebagai sebiji telur selepas sahaja Shagotte mendapat bayangan masa depan yang akan berlaku iaitu kehancuran dunia Edolas; objektif misi ini adalah untuk membunuh semua Pemburu Naga. Sebaik sahaja dia mengetahui misinya sebagai Exceed, dia terkejut dan kecewa. Dia mula resah apabila terfikirkan misi ini dan kehancuran Extalia.[ep. 176,198]Happy terus terpikat dengan Carla sebaik sahaja berjumpa (semasa misi menghalang Oracion Seis), tetapi Carla tidak menyukainya. Tidak lama kemudian, apabila dia mula memahami "makna" disebalik "misi" itu Happy melindunginya dengan menyatakan mereka Mages dari Fairy Tail, bukan boneka dan dia mula menerima dia selepas melihat kesungguhan beliau untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka serta dari melihat beliau menunjukkan sisi yang lebih serius dan berani, dahulu Carla suka memanggil Happy kucing jantan dan menolak hadiah yang Happy beri dalam bentuk ikan.[ep. 177] Happy menyelamatkan Carla semasa mereka melarikan diri dan Carla hampir jatuh dari wagon dan Carla pula selamatkan Happy dari tembakan daripada askar Tentera Diraja Edolas dengan menjadi pelindung kepada Happy. Carla juga tidak mempunyai keraguan dan berkeyakinan tinggi apabila Happy terbang sendiri. Apabila Pantherlily telah disebut sebagai yang terkuat daripada kumpulan mereka, Carla mula menyeringai (senyum sindir) dan mempengaruh Happy supaya mengadakan perlawanan menentang Pantherlily. Kini, Carla mula banyak tersenyum, selalunya apabila Happy bersamanya, menari bersama Happy jika diminta berbuat demikian, dan juga tertawa apabila Happy menunjukkan sisi comel Panterlily.[ep. 201,242]Kad Pengenalan Persatuannya menyatakan Carla menyukai Teh Darjeeling dan tidak suka kucing jantan.[ep. 145:muka depan episod]