Carta_Pujaan_10_RTM

Pujaan 10 adalah carta lagu-lagu popular yang diterbitkan secara mingguan bermula dari tahun 1988 hingga 1996 menerusi Radio 1 (kini Radio Klasik) pada setiap Ahad, jam 10.30 pagi [1]. Ia menamakan lagu paling popular pada minggu berkenaan menerusi jumlah permintaan lagu terbanyak daripada pendengar seluruh negara menerusi rangkaian Radio Televisyen Malaysia. Menerusi program ini juga, RTM menganjurkan pertandingan nyanyian lagu-lagu popular tahunan Pujaan 10 Nescafe[2].