Cary Grant (lahir
Archibald Alec Leach; 18 Januari 1904 – 29 November 1986) merupakan pelakon
Amerika Syarikat kelahiran Englad. Beliau memulakan kerjaya di
Hollywood pada awal 1930-an. Beliau menerima kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1942.
[4] Pada waktu itu, beliau menukar nama beliau kepada "Cary Grant" secara sah.
[4]Dilahirkan di
Horfield,
Bristol, Grant mula berminat dengan teater di usia yang muda, dan mula bekerjasama dengan "The Penders" di usia enam tahun. Beliau menghadiri Bishop Road Primary School dan Fairfield Grammar School di Bristol. Beliau kemudiannya menjelajah ke seluruh negara sebagai penghibur petas, dan kemudiannya memutuskan untuk menetap di
Bandar Raya New York selepas melakukan sebuah persembahan di sana. Beliau mencipta nama beliau dalam
vaudeville pada tahun 1920-an dan menjelajah
Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Hollywood pada awal 1930-an. Beliau mula muncul dalam filem dan drama jenayah seperti
Blonde Venus (1932) dan
She Done Him Wrong (1933), sebelum beliau mula muncul dalam filem komedi seperti
The Awful Truth (1937),
Bringing Up Baby (1938),
His Girl Friday (1940) dan
The Philadelphia Story (1940). Beliau turut membintangi
Arsenic and Old Lace (1944) dan
I Was a Male War Bride (1949); yang mana kedua-dua filem ini sering dianggap sebagai filem komedi terbaik sepanjang zaman.
[5] Beliau pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik
Anugerah Akademi sebanyak dua kali untuk filem
Penny Serenade (1941) dan
None but the Lonely Heart (1944).Pada tahun 1940-an dan 1950-an, Grant banyak bekerjasama dengan pengarah
Alfred Hitchcock, dan muncul dalam filem Hitchcock seperti
Suspicion (1941),
Notorious (1946),
To Catch a Thief (1955) dan
North by Northwest (1959). Hitchcock mengagumi Grant dan mengganggap beliau merupakan satu-satunya pelakon yang paling gemar bekerjasama oleh dirinya. Menjelang penghujung kerjaya perfileman beliau, Grant menerima pujian dari pengkritik dan menerima lima pencalonan
Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik termasuklah menerusi filem
Indiscreet (1958) ,
That Touch of Mink (1962) dan
Charade (1963). Grant pernah berkahwin sebanyak lima kali termasuklah dengan pelakon
Virginia Cherrill (1934–1935),
Betsy Drake (1949–1962) dan
Dyan Cannon (1965–1968). Grant mempunyai seorang anak perempuan,
Jennifer Grant, hasil perkongsian hidup bersama Cannon. Selepas bersara dari lakonan filem pada tahun 1966, Grant banyak terlibat dalam pelbagai perniagaan seperti mewakili firma kosmetik
Fabergé, dan menduduki kerusi lembaga
MGM serta banyak lagi. Pada tahun 1970, beliau menerima Anugerah Penghargaan Akademi di Anugerah Akademi ke-42, dan pada tahun 1981, beliau menerima Kennedy Center Honors. Pada tahun 1999,
American Film Institute menamakan Grant sebagai
bintang lelaki kedua terhebat di era emas Hollwood, di belakang
Humphrey Bogart.Grand telah meninggal dunia akibat
angin ahmar pada 29 November 1986.