Cate Blanchett
Cate Blanchett

Cate Blanchett

Catherine Élise "Cate" Blanchett[1](/ˈblɑːn.tʃət/; lahir 14 Mei 1969) ialah seorang pelakon dan pengarah teater Australia. Beliau telah menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah Akademi, tiga Anugerah Screen Actors Guild, tiga Anugerah Golden Globe dan tiga Anugerah Filem Akademi British. Blanchett mendapat perhatian antarabangsa selepas peranannya sebagai Elizabeth I dalam filem 1998, Elizabeth dimana beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe serta mendapat pencalonan buat pertama kali Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem 2004 arahan Martin Scorsese, The Aviator mendapatkan beliau pujian kritis dan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai Jasmine French dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine dimana beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.Blanchett adalah salah seorang daripada enam pelakon dan satu-satunya pelakon wanita untuk menerima pencalonan Anugerah Akademi dengan melakonkan watak yang sama dalam dua filem serta satu-satunya pelakon Australia untuk memenangi dua Oskar. Dicalonkan untuk Oskar sebanyak tujuh kali, beliau menerima pencalonan untuk Notes on a Scandal (2006), Elizabeth: The Golden Age (2007), I'm Not There (2007) dan Carol (2015). Antara filem beliau yang lain termasuk The Talented Mr. Ripley (1999), trilogi The Lord of the Rings (2001–03) dan trilogi The Hobbit (2012–14), Babel (2006), The Curious Case of Benjamin Button (2008), How to Train Your Dragon 2 (2014) dan Cinderella (2015).

Cate Blanchett

Kerakyatan Australia
Tahun aktif 1989–sekarang
Kelahiran Catherine Élise Blanchett
(1969-05-14) 14 Mei 1969 (umur 50)
Melbourne, Victoria, Australia
Pasangan Andrew Upton (k. 1997)
Anak 4
Pusat pendidikan Institut Kebangsaan Seni Dramatik
Universiti Melbourne
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah teater

Rujukan

WikiPedia: Cate Blanchett http://aussietheatre.com.au/news/easter-success-st... http://www.brisbanetimes.com.au/entertainment/movi... http://www.crikey.com.au/2005/03/30/famous-alumni-... http://www.dailytelegraph.com.au/entertainment/syd... http://www.rgm.com.au/portfolios/jacquelin-perske http://www.roninfilms.com.au/person/230/kathryn-mi... http://www.smh.com.au/entertainment/movies/cate-bl... http://www.sydneytheatre.com.au/2009/astreetcarnam... http://www.theage.com.au/articles/2008/12/06/12282... http://www.theage.com.au/news/in-depth/strongpeopl...