Kerjaya Cathy_Engelbert

Deloitte

Beliau memulakan kerjayanya di Deloitte sebagai akauntan pada 1986.[10] Beliau mengatakan bekas CEO William Parrett ialah salah seorang mentornya sepanjang beliau bekerja di syarikat itu.[11] Beliau menjadi rakan kongsi pada 1998.[12]

Deloitte memilih CEO-nya dengan proses undian setiap empat tahun sekali. Dimana beliau terpilih untuk menjadi CEO pada 2015.[13][14] Beliau menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai CEO untuk salah satu firma audit dan perundingan empat besar.[15] Deloitte juga menjadi syarikat pertama yang memiliki CEO minoriti, Joe Echevarria,[16] dan ketua pengarah wanita, Sharon Allen.[17]

Dibawah kepimpinannya, syarikat ini mendapat kenaikan sebesar 30% untuk pendapatan mereka selama beliau memegang jawatan CEO.[18][9] Pada tahun 2016, beliau memperkenalkan program cuti selama 16 minggu untuk mereka (wanita atau lelaki) yang ingin meluangkan masa bersama keluarga.[19][20][21]

WNBA

Beliau kemudian dilantik sebagai pesuruhjaya untuk WNBA dan memegang jawatan pada 17 Julai 2019.[22][23][24] Beliau menggantikan Lisa Borders yang melepaskan jawatan.[25] Beliau mengatakan salah satu sasarannya ialah untuk meningkatkan jumlah penaja yang diterima oleh WNBA. Pada umumnya hanya 5% dari dana penaja yang diberikan untuk olahraga wanita, beliau ingin meningkatkan peratusan ini menjadi 10%.[26][27]

Penghargaan dan kerjaya lain

Engelbert ialah penerima YWCA Tribute to Women oleh Industry Award.[12] Pada 2018, beliau menduduki nombor lapan belas untuk Most Powerful Women oleh majalah Fortune.[22] Selain itu beliau juga termasuk dalam 50 CEO terbaik oleh Glassdoor.[9] Fast Company telah memetiknya sebagai salah seorang yang paling produktif.[28] Beliau juga berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah untuk Mcdonald's Corporation,[29] dimana beliau menjadi wanita ketiga yang memegang jawatan tersebut.[30] Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah untuk Catalyst,[31] sebuah pertubuhan bukan untung global yang mempromosikan tempat kerja inklusif bagi wanita.[32]

Rujukan

WikiPedia: Cathy_Engelbert http://deltaskymag.com/Sky-Extras/Favorites/Cathy-... http://www.imdb.com/name/nm7332509/ http://www2.lehigh.edu/news/the-game-changer //www.worldcat.org/issn/0099-9660 https://www.allamericanspeakers.com/celebritytalen... https://www.bloomberg.com/tosv2.html?vid=&uuid=262... https://app.boardroominsiders.com/skinny-profiles/... https://born2invest.com/articles/deloittes-cathy-e... https://cassiuslife.com/91843/wnba-cathy-engelbert... https://www.cbsnews.com/news/deloitte-ceo-cathy-en...