Menu
Catullus PuisiPuisi-puisi Catullus telah dipeliharakan dalam tiga manuskrip yang disalin daripada satu (atau dua) salinan manuskrip hilang yang ditemui pada sekitar 1300. Ketiga-tiga manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Negara di Paris, Perpustakaan Bodley di Oxford, dan Perpustakaan Vatican di Rom. Manuskrip-manuskrip ini mencatat karya-karya Catullus dalam sebuah antologi yang terdiri daripada 116 karmina. Antologi ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang formal:
Tidak terdapatnya sepersetujuan cendekiawan tentang adakah Catullus yang sendiri menyusunkan puisi-puisinya atau tidak, walaupun sesetengah cendekiawan memperdebatkan bahawa beliau adalah yang menyusunkannya. Puisi-puisi yang lebih panjang berbeza dengan polimetra dan epigram, bukan sahaja dari segi panjang tetapi juga dari segi kandungannya: Terdapat tujuh gita puja dan satu epik mini, atau epilion yang merupakan bentuk yang amat dihargai oleh "pemuisi-pemuisi baru".
Polimetra dan epigram dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan tema yang utama (tidak termasuk sebilangan puisi yang agak besar yang tidak dapat dikategorikan):
Kesemua puisi ini memerihalkan gaya hidup Epikurus yang diamalkan oleh Catullus dan kawan-kawannya yang berhidup secara berasingan daripada bidang politik, walaupun Cattalus pernah menyandang jawatan politik sementara di Bithynia. Mereka lebih minat akan puisi dan cinta.
Antara semua sifatnya, Catullus kelihatan mengutamakan venustus, atau daya tarikan, dalam pergaulan dengan teman-teman, satu tema yang beliau menjelajah dalam sebilangan puisinya. Konsep Rom kuno terhadap virtus (iaitu kebaikan yang harus dibuktikan dengan kerjaya politik atau tentera) yang Cicero menyarankan sebagai penyelesaian untuk masalah-masalah masyarakat Republik Rom, tidak mempunyai banyak makna kepada beliau dan teman-temannya. Bagaimanapun, apa yang ditolak Catallus bukannya tanggapan-tanggapan tradisional, tetapi cuma penggunaannya yang dimonopoli untuk vita activa politik dan perang. Sudah tentu, beliau cuba mereka semula tanggapan-tanggapan ini dari sudut pandangan peribadi untuk memperkenalkannya dalam perhubungan manusia. Umpamanya, beliau mempergunakan perkataan fides yang secara tradisi bermaksud "kesetiaan kepada sekutu politik" kepada hubungannya dengan Lesbia dan mentafsirkan semula perkataan itu sebagai "kesetiaan cinta yang tidak bersyarat". Oleh itu, walaupun gaya hidup Catullus kelihatan gemar bersuka-suka, beliau mengukur diri dan kawan-kawannya dengan piawai-piawai yang agak hebat.
Puisi Catullus amat dipengaruhi oleh neoteroi, atau "pemuisi baru" Yunani. Callimachus mempengaruhi Catullus dengan gaya puisi barunya yang sengaja menyimpang daripada puisi epik klasik dalam tradisi Homer. Catullus dan Callimachus tidak memerihalkan pencapaian wira dan dewa yang menakjubkan (kecuali mungkin dalam penilaian semula dan dalam keadaan yang lebih bersifat kesenian, seperti puisi 63 dan 64), tetapi sebaliknya menumpukan kepada tema peribadi yang kecil. Walaupun kekadangnya, puisi-puisi Catullus kelihatan cetek dan perkara-perkaranya sering hanya mengenai perkara harian, karya-karya itu adalah karya seni yang ulung. Beliau memerihalkan karyanya sebagai ekspolitum, iaitu halus, bagi menunjukkan bahawa bahasa yang digunakannya adalah ditulis secara artistik serta dengan teliti.
Catullus adalah peminat Sappho, pemuisi wanita abad ke-7 SM, dan karya-karya Catullus adalah sumber untuk kebanyakan yang kita mengetahui atau dapat membuat kesimpulan tentang Sappho. Catullus 51 ialah terjemahan Sappho 31, dan Catullus 61 serta 62 sudah pastinya diilhami oleh dan mungkin juga diterjemahkan secara langsung daripada karya-karya Sappho yang hilang. Catullus 61 dan 62 ini adalah epitalamium, sejenis puisi perkahwinan berupa pujian atau erotik yang Sappho amat terkenal tetapi tidak lagi popular dalam abad-abad yang berselang. Catullus kekadang menggunakan meter yang dikembangkan oleh Sappho dan yang digelarkan strofa Sappho. Sebenarnya, beliau mungkin menyebabkan sebahagian besar pemulihan bentuk puisi ini di Rom.
Menu
Catullus PuisiBerkaitan
Catullus Catullus 16Rujukan
WikiPedia: Catullus http://3quarksdaily.com http://3quarksdaily.blogs.com/3quarksdaily/2005/08... http://www.thelatinlibrary.com/catullus.shtml http://digitalcommons.unl.edu/classicsfacpub/2/ http://www.negenborn.net/catullus/ http://www.negenborn.net/catullus/forum/ http://www.vroma.org/~hwalker/VRomaCatullus/list.h...