Cekur
Cekur

Cekur

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1] dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.