Cencaluk ialah sejenis
lauk dalam hidangan tradisional
Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada
udang halus yang lebih dikenali sebagai
udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan
protein yang tinggi.Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di
Pantai Klebang,
Limbongan,
Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari
perkahwinan seseorang itu,
hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat
Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan
Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan
petai atau
jering sebagai
ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di
Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909".
[1]Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan
Dewan Undangan Negeri Kawasan
Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.