Cerita_nenek_tua

Cerita nenek tua adalah julukan menghina yang digunakan bagi menunjukkan bahawa apa yang dikatakan benar itu sebenarnya tahyul atau tidak benar. Farsa ini datangnya dari tanggapan bahawa kisah yang diceritakan oleh wanita tua ini tidak mungkin benar, tidak kira carita apapun. Farsa ini digunakan dari konteks merendahkan nilai pengetahuan wanita. Kisah tersebut dianggap tahyul, cerita rakyat atau dakwaan yang tidak disahkan dengan perinciah tambahan atau diperbesarkan. Pada hari ini sesetengah "Cerita nenek tua" terbukti sahih. Cerita nenek tua sering kali berkisar pada kebimbangan tradisi wanita, mengandung, baligh, hubungan sosial, kesihatan, dan zat permakanan.