Cerro_Armazones
Cerro_Armazones

Cerro_Armazones

Cerro Armazones ialah sebuah gunung yang terletak di Sierra Vicuña Mackenna dari Jajaran Pesisir Chile, sekitar 130 km (81 bt) tenggara Antofagasta di Region Antofagasta, Chili. Sebelum pembangunan Extremely Large Telescope bermula, puncaknya merupakan sebuah titik kawalan ufuk dengan ketinggian 3,046 meter (9,993 ka).[1] Gunung ini terletak di sebuah zon khas untuk astronomi optik kerana memiliki 89% malam tanpa awan dalam setahun.[2] Saat ini merupakan lokasi untuk Hexapod-Telescope 1.5 m (5 ka) dan teleskop lain di Balai Cerap Cerro Armazones.Pada 26 April 2010, Dewan Balai Cerap Selatan Eropah memilih Cerro Armazones sebagai lokasi untuk European Extremely Large Telescope yang dirancang.[3]