Cetbang

Cetbang adalah jenis meriam dihasilkan dan yang digunakan oleh Empayar Majapahit (1293-1527 M) dan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara. Berbeda dari meriam Eropah dan Timur Tengah, yang merupakan muzzle loader, cetbang dibuat dari tembaga dan merupakan meriam breech loader (isian belakang). Oleh itu, cetbang juga dikenali sebagai "meriam coak" yang bererti meriam terbuka/terungkap pada bahasa Betawi.[1]Meriam diperkirakan telah diperkenalkan kepada Majapahit ketika tentera Kubilai Khan datang dari China dibawah kepemimpinan Ike Mese, bertujuan untuk menyerang Jawa. Invasi ini terjadi di 1293. Pada masa itu, tentera Mongol menggunakan meriam (Bahasa Cina: Pao) ketika menyerang pasukan Daha.[2] Dalam prasasti Sekar ditulis bahawa tempat utama produksi cetbang adalah di Rajakwesi, Bojonegoro, sedangkan serbuk mesiu dihasilkan di Swatantra Biluluk.[3]