Kerjaya Chaleeda_Gilbert

Beliau memulakan kerjaya muziknya pada usia 11 tahun dan menjadi ahli kumpulan gadis Thailand, Tweenie 90'[3] dan mula memuat naik lagu saduran di YouTube, salah satunya ialah lagu "Love Yourself" nyanyian Justin Bieber, yang meraih lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam tempoh lima hari.[4]

Pada tahun 2017, beliau menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment, sebagai salah seorang artis baru mereka[4] menjadikan Gilbert sebagai artis serantau yang pertama yang mengikat kontrak dengan Rocketfuel.[5]

Beliau kemudian melancarkan single pertamanya di bawah label itu, "Ready For Love" menampilkan rapper Thai dan meraih 1.5 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan.[4]

Gilbert memulakan kerjaya lakonan pada 2017 menerusi filem seram Thai The Promise.[6] Beliau mengadakan konsert mini pertamanya, Chaleeda Showcase yang diadakan di The Bee, Publika pada 14 Disember.[7]

Pada April 2018, beliau melancarkan "Pretty Boy" sebagai single ketiganya, yang ditulis bersama oleh Kuizz dan Bil Musa. Video muzik telah memperoleh 1,196,495 tontonan di YouTube.[6]

Big Stage Musim 2

Chaleeda menyertai Big Stage musim kedua yang bersiaran di Astro Ria.[8] Gilbert, bersama-sama dengan Syada Amzah telah tersingkir pada minggu 5 dan 8 peserta yang mara pada minggu keenam.[9]

Persembahan
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1N/A"Pretty Boy"Dirinya sendiriSELAMAT
Minggu 2Hype Beat"Havana"Camila Cabello & Young ThugSELAMAT
Minggu 3Glocal Hits"Buat Selamanya"AlifSELAMAT
Minggu 4Duominasi"Rewrite the Stars" (bersama Luqman Faiz)James Arthur & Anne-MarieSELAMAT
Minggu 5Cannot Brain"Girlfriend"Avril LavigneTERSINGKIR

Rujukan

WikiPedia: Chaleeda_Gilbert http://www.astroawani.com/berita-hiburan/big-stage... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/big-stage... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/chaleeda-... http://www.imdb.com/name/nm9251064/ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://hitz.com.my/trending/trending-on-hitz/chal... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/401453/chale... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/337892/pen... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/517616/pem... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2017/09/28...