ChatGPT
ChatGPT

ChatGPT

ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer)[1] ialah sebuah bot sembang yang dilancarkan OpenAI pada November 2022. Ia dibina di atas kelompok model bahasa besar GPT-3, dan dihaluskan (pendekatan pembelajaran serahan)[2] dengan teknik seliaan dan pembelajaran pengukuhan.ChatGPT telah dilancarkan sebagai prototaip pada 30 November 2022, dan dengan cepat memperoleh perhatian kerana respons terperinci dan jawapan yang jelas merentas banyak domain pengetahuan. Namun begitu, ketepatan fakta yang tidak sekata dikenal pasti sebagai kelemahan yang ketara.[3] Susulan pelancaran ChatGPT, OpenAI dinilai sebanyak $29 bilion.[4]