Chaya_Sulaiman

Chaya Sulaiman adalah merupakan Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Sabah.[1] Beliau telah bertanding pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 tetapi tewas kepada calon Parti Warisan Sabah, Rina Jainal dengan majoriti 10 undian. Abangnya, Ma'mun Sulaiman adalah bekas pemimpin UMNO di Sabah yang menyertai Parti Warisan Sabah selepas penubuhannya untuk bertanding menentang Barisan Nasional pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.

Chaya_Sulaiman

Lahir Chaya binti Sulaiman
Tawau, Sabah
Pekerjaan Ahli politik
Hubungan Ma'mun Sulaiman (abang)
Bapa Sulaiman Kuna
Ibu Hajah Darmah Kamba