Kehidupan Chen_Qiushi

Chen Qiushi dilahirkan di Wilayah Daxing'anling, Heilongjiang, China, dan mengkaji undang-undang di Universiti Heilongjiang. Selepas graduasi, beliau mengikuti sebuah firma undang-undang di Beijing.[1]

Tunjuk perasaan Hong Kong

Chen memuat naik video secara talian melaporkan tunjuk perassan di Hong Kong terhadap bil ekstradisi 2019, mengutuk kerajaan kerana menganggap penunjuk perasaan sebagai perusuh ganas. Sehari selepas video dimuat naik, Chen ditahan oleh pihak berkuasa Beijing, yang membuang akaun dan video Weibo beliau.[2]

Koronavirus Wuhan

Selepas dihalang menggunakan media sosial China, Chen menggunakan Youtube dan Twitter untuk meneruskan laporannya. Selepas terdengar mengenai wabak koronavirus, beliau berkunjung Hankou, Wuhan, pada 24 Januari 2020, di mana beliau menemu ramah penduduk tempatan dan melawat pelbagai hospital termasuk Hospital Huoshenshan, yang masih dalam pembinaan pada masa itu. Menurut Chen, doktor terlalu banyak bekerja dan terdapat bekalan perubatan yang tidak mencukupi, tetapi harga barangan sebaliknya stabil.[3] Beliau kemudiannya dilaporkan hilang, apabila rakan-rakannya gagal menghubunginya sejak jam 7 malam pada 6 Februari.[4] Pada 7 Februari, keluarga dan rakan-rakan Chen melaporkan bahawa Chen secara paksa dikuarantin.[5]