Geografi Chenderong_Balai

Secara amnya, Chenderong Balai terbahagi kepada dua iaitu berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah dan berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban.

Jalan raya selalu lekuk-lekak kerana jalan raya ini melalui kawasan sawah padi di mana tanahnya agak lembut. Asalnya jalan raya dibina dengan mengorek parit di kiri dan kanan jalan raya. Parit di kiri dan kanan jalan raya sentiasa penuh dengan air dan menyebabkan tanah jalan raya menjadi lembik dan kembang. Dari semasa ke semasa jalan raya perlu ditar semula untuk meratakannya. Hal ini adalah fenomena biasa di kawasan sawah padi seperti di Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

Antara penempatan/kampung yang terdapat di Chenderong Balai:

  • Pekan Chenderong Balai
  • Simpang Empat Balai Polis
  • Redang Punggor
  • Kampung Belt / S.C. Belt
  • Pekan Rabu
  • Parit 1-11 7/L
  • Parit 1-11 6/R
  • Pengkalan Daun
  • Pengkalan Ara


Chenderong Balai banyak mempunyai parit atau tali air atau terusan untuk pengairan sawah padi. Oleh itu petempatan penduduk biasanya mengikut barisan parit ini iaitu pola pertempatan berjajar.