Pembangunan Chengdu_J-10

Pada awalnya program ini disokong oleh pemimpin China yang penting Deng Xiaoping, yang telah meluluskan RMB¥ 500 juta untuk membangunkan pesawat buatan tempatan. Walaubagaimanapun, program rasmi tidak dimulakan sehingga Januari 1986 apabila kerajaan China secara rasminya mengeluarkan Projek #10,[1] untuk membangunkan pesawat pejuang bagi menandingi pesawat pejuang generasi ke-4 yang telah diperkenalkan oleh Kesatuan Soviet (contohnya MiG-29 dan Su-27). Institut ke-611, yang juga dikenali sebagai Institut Rekabentuk Pesawat Chengdu telah ditugaskan sebagai kontraktor utama. Asalnya pesawat ini direka sebagai pesawat pejuang khusus, tetapi kemudian direka semula dan berupaya sebagai pesawat pelbagai peranan bagi kedua-dua misi pertempuran udara ke udara dan serangan darat. Sebuah majalah China (zh:少年科学画报, ISSN1000-7776) yang diterbitkan pada bulan Jun 1979 memaparkan seorang budak lelaki memegang model pesawat J-10. [4] Gambar ini membuktikan bahawa projek pesawat ini telah bermula sejak sebelum 1979 lagi.

Walaupun kewujudan J-10 telah diperkatakan di dalam dan luar China, kerajaan China secara rasminya tidak pernah mengakuinya sehingga Januari 2007, apabila gambar J-10 telah dibenarkan pertama kalinya dipaparkan oleh Agensi Berita Xinhua. Direka bentuk dengan penuh rahsia, sebelum pendedahan rasminya menyebabkan perincian J-10 banyak dipengaruhi dengan spekulasi. Satu khabar angin berkenaan sejarah pembangunan J-10 adalah: J-10 telah membuat penerbangan sulung dalam tahun 1996, kemudian telah mengalami kelewatan disebabkan kemalangan maut yang berlaku pada 1997, dan pesawat prototaip selapas direka bentuk semula membuat penerbangan pada 1998, dan ujian penerbangan disambung semula.[perlu rujukan] (Terdapat bukti yang tidak dapat disahkan, kemungkinan hanya sebuah pesawat prototaip yang berupaya melakukan penerbangan; manakala yang lain hanya menjadi platform ujian static di darat. Oleh itu, tiada sebarang kejadian terhempas.)[perlu rujukan]

Bagaimanapun, khabar angin tentang kemalangan ini telah dinafikan oleh kerajaan China selepas pengesahan rasmi kewujudan program pesawat J-10. Pada 1 Januari 2007, Agensi Berita Xinhua dan PLA Daily telah melaporkan pengakuan salah seorang juruterbang ujian pesawat J-10, En. Li Zhonghua (李中华), dan dalam laporan ini, salah satu pengakuan yang dipetik adalah tiada kejadian terhempas yang pernah terjadi sejak projek ini bermula. Berdasarkan laporan media China, pesawat pertama, "J-10 01", dikeluarkan pada November 1997, dan penerbangan sulung "J-10 01" dibuat pada 23 Mac 1998.[1] Tiada kemalangan dilaporkan.[5] Selepas 18 tahun dibangunkan, J-10 akhirnya telah memasuki perkhidmatan pada 2004.[1][6]

Penerbangan sulung pada 23 Mac 1998 dilakukan oleh juruterbang ujian En. Lei Qiang (雷強), berlangsung kira-kira 20 minit. Seorang juruterbang ujian yang lain En. Li Zhonghua (李中华) pula menerbangkan pesawat prototaip ini bagi menguji keupayaan aerodinamik sehingga awal Disember, 2003. Pada masa ini, ujian pengisian minyak di udara juga berjaya dilakukan. Dalam ujian aerodinamik, pesawat ini telah diuji melangkaui parameter reka bentuk asal dan pesawat ini didapati berupaya untuk bertahan pada parameter yang lebih tinggi. Bahagian akhir ujian penerbangan adalah ujian tembakan menggunakan peluru hidup bagi peluru berpandu udara ke udara yang mana dilakukan daripada 21 Disember 2003 hingga 25 Disember 2003, ujian ini telah disempurnakan oleh juruterbang ujian En. Xu Yongling (徐勇凌). Pesawat pertama telah dihantar kepada Rejimen Ujian Ke-13 pada 23 Februari 2003. Pesawat ini telah diberikan status “operasi” pada Disember 2003. Rejimen pertama yang mengoperasikan pesawat J-10 adalah Rejimen ke-131 daripada Divisyen ke-44. Dipercayai juga rejimen dari Divisyen ke-3 juga telah menggunakan J-10.

Rujukan

WikiPedia: Chengdu_J-10 http://english.people.com.cn/200212/13/eng20021213... http://x.bbs.sina.com.cn/forum/pic/449254410103p1o... http://jczs.news.sina.com.cn/p/2007-01-01/11204239... http://www.ainonline.com/airshow-convention-news/f... http://www.airforce-technology.com/projects/j-10/ http://www.airforceworld.com/pla/j10.htm http://www.deagel.com/Strike-and-Fighter-Aircraft/... http://www.defencetalk.com/pictures/showgallery.ph... http://www.grandestrategy.com/2007/06/light-sabre-... http://www.janes.com/news/defence/systems/jdw/jdw0...