Populasi Chitral

Suku kaum utama adalah Khow yang bercakap dalam bahasa Khowar. Budaya di Chitral adalah Islam dan berbeza ketara dengan bandar-bandar di Pakistan dan juga daerah bersebelahan Gilgit. Wanita adalah hampir tidak kelihatan kecuali kepada saudara-mara lelaki dan wanita lain. Mereka mengelakkan berjalan-jalan di bandar, jadi lelaki atau kanak-kanak yang akan melakukan kebanyakan aktiviti membeli-belah. Terdapat juga jumlah kecil penduduk keturunan Nuristani, Tajik dan Uzbek yang kebanyakannya tiba dari Afghanistan bermusim untuk berdagang dan berniaga.