Chloë_Grace_Moretz
Chloë_Grace_Moretz

Chloë_Grace_Moretz

Chloë Grace Moretz (/[invalid input: 'icon']məˈrɛts/; dilahirkan pada 10 Februari 1997) merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Amerika. Beliau memulakan karier lakonannya semasa berumur tujuh tahun dengan kemunculan di filem serta siri televisyen seperti The Amityville Horror, (500) Days of Summer, Diary of a Wimpy Kid, Big Momma's House 2, Desperate Housewives, dan Dirty Sexy Money (di mana beliau menerima beberapa pencalonan untuk Young Artist Awards). Beliau dikenali di seluruh dunia kerana persembahan yang memberangsangkan sebagai watak Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass pada tahun 2010.[1] Pujian turut diberikan kepada beliau kerana pernah memegang watak dalam filem yang terkenal yang bertajuk Let Me In dan Hugo.