Biografi Chomel

Chomel atau nama sebenarnya Noorzafirah Binte Abdullah lahir pada 06 Ogos 1992 merupakan anak kedua daripada enam adik beradik dan beliau berasal daripada Singapura. Ibu Bapanya menetap di Malaysia. Beliau tercicir dalam pelajaran pada usia 15 tahun kerana belenggu stres and masalah kekeluargaan.

Pada tahun 2008, klip video pertama nyanyiannya Chomel telah dimuat naikkan ke lelaman web Youtube oleh temannya tanpa pengetahuannya. Nama beliau mula terkenal ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah lagu "Sejarah Mungkin Berulang" cover nyanyiannya menjadi tular. Bakat beliau telah mendapat perhatian seorang pergiat muzik, Amyr Abdawn dan telah mengundang beliau untuk menyertai sebuah program hiburan radio Go Glam bersama Hafeez Glamour 89.7FM. Chomel juga merakamkan sebuah album berjudul "Teman" hasil syarikat rakaman Nangbotinang Records. Album tersebut mengandungi lagu-lagu berirama jiwang seperti "Ubahlah Sikapmu", "Istana Kenangan", "Dia" dan "Mimpi Indah".

Pada tahun 2014, Chomel ditawar kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman MVM Production. Setelah meraih kerjaya penyanyi di bawah label MVM Production dan sehingga artikel ini ditulis beliau sudah mempunyai tiga single iaitu 'Andai Hatiku Bersuara', 'Andai Jodoh' dan 'Tibanya Syawal'. Beliau juga turut mempunyai tiga lagu duet yang berjudul 'Kau Yang Bertanda', 'Resam Percintaan' dan 'Mama'. Beliau berduet dengan Jumali SanoTri yang merupakan penyanyi lelaki di bawah label Voz Management. Antara lagu nyanyian beliau, 'Andai Hatiku Bersuara' telah mendapat sambutan yang hangat di dalam dunia hiburan yang terpegun dek suara merdunya. [2]

Pada tahun 2019, kontrak Chomel di bawah laungan MVM Production tamat dan kini beliau berkerja sama dengan Voz Management. Di bawah syarikat rakaman tersebut, Chomel mempunyai sebuah single "Tiadanya Kamu".