Mecha Chouseishin_Gransazer

  • Ultra Star God Wing Garuda

Robot gergasi milik Puak Api ini muncul pada episod 3 dimana ketika itu Dolcross menyerang untuk memusnahkannya. Ianya aktif setelah ketiga-tiga ahli Puak Api bersatu. Garuda merupakan robot kedua yang aktif selepas Dolcross.


  • Ultra Star God Dolcross

Robot pertama yang diaktifkan setelah Puak Angin lengkap bersama tiga ahlinya. Muncul pada episod 2 setelah Puak Angin menemukan ahli ketiga mereka, iaitu Sazer Dail dengan bantuan Karin Saeki.


  • Ultra Star God Gun Caesar

Robot milik Puak Bumi ini muncul setelah Puak Api berjaya menemukan dua ahli daripada puak ini. Robot ini muncul pada episod 6 setelah Professor Horiguchi berjaya mengesan lokasi kewujudan robot ini dan menyuruh Sazer Tawlon untuk menyertai dua lagi ahlinya bagi mengaktifkannya. Guncaesar merupakan robot ketiga diaktifkan.


  • Ultra Star God Leviathan

Robot yang terakhir untuk diaktifkan. Robot ini muncul pada episode 15 iaitu ketika bumi menerima serangan meteor. Serangan tersebut mengakibatkan Leviathan muncul dari pulau. Robot ini ingin dimusnahkan oleh Radia dan Lucia, iaitu Impactor yang merupakan musuh baru Gransazer selepas Akelon. Robot ini aktif selepas ahli terakhir Puak Air iaitu Sazer Gans bangkit dan mereka bersatu untuk mengaktifkannya lalu menewaskan Radia.


  • Cloud Dragon

Merupakan robot yang berupa naga. Cloud Dragon merupakan penjaga ruang angkasa dan juga merupakan robot yang menjaga dan membaiki keempat-empat robot milik Gransazer. Ianya muncul buat pertama kalinya pada episod 9 dimana ia mengambil Garuda yang ketika itu mengalami kerosakan teruk setelah tewas bertarung dengan Dolcross, serta menghentikan pertarungan diantara Dolcross dan Gun Caesar pada saat itu.


  • Guntras

Robot yang pernah dikawal oleh Logia melalui Guntroller. Bagaimanapun Guntroller tersebut musnah selepas Sazer Tarious membebaskan kuasa Guntras yang kemudiannya menjadi sekutu mereka. Guntras adalah robot terkuat diantara keempat-empat robot milik Gransazer. Ini terbukti apabila ia berjaya menewaskan keempat-empat robot milik Gransazer. Guntras juga merupakan robot yang menyatukan semua elemen untuk digabung menjadi robot terkuat, iaitu DaiSazer.


  • DaiSazer

Robot ini merupakan hasil gabungan empat robot milik Gransazer dengan Guntras. Robot ini muncul setelah Gransazer hampir tewas menentang Lucia yang berubah menjadi raksasa besar ketika itu. Kekuatan luar biasa Lucia ketika itu memaksa Cloud Dragon mengabungkan kesemua element tersebut lalu terhasillah DaiSazer.


  • Youhi

Robot milik kerajaan Jepun. Direka untu membantu Gransazer menentang raksasa besar. Robot ini dicipta berdasarkan data robot milik Logia, iaitu DaiLogia.