Kerjaya Chrissie_Fit

2006–2010: Permulaan kerjaya

Fit mula bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi siri TV Nickelodeon 2006, Zoey 101, di dalam peranan yang tidak diketahui. Beliau membuat peranan ulangan pertamanya dalam siri drama perubatan Amerika, General Hospital, di mana beliau memegang watak Mercedes dari 2007 hingga 2012. Beliau juga menulis dan mengarah, berlakon dalam siri web, The Subpranos, memegang watak sebagai Denise Flores de la Rosa. Beliau juga muncul dalam episod rancangan Southland, House M.D., General Hospital: Night Shift dan The Middleman.

2012–kini: Kesinambungan kejayaan

Pada 2012, Fit kembali berlakon menerusi Filly Brown, di mana beliau memegang watak Lupe Tonorio.

Pada 2013, beliau memegang watak CheeChee di dalam siri Disney Channel Original Movie, Teen Beach Movie

Pada 2015, beliau menjayakan watak Florencia "Flo" Fuentes dalam filem Pitch Perfect 2 dan kemudian melakonkan semula peranannya di dalam siri DCOM Teen Beach 2.